Monday, January 4, 2010

SELAMAT DATANG 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Masuk tahun ni cukupla umur diri ni 22 tahun.. sekejap je masa berlalu… xterasa pun ia berlalu. sepanjang hayat yg diberi oleh Allah ni macam-macam hal dh dilalui. pahit, manis, masam, payau, kelat ada semuanya. adakalanya puas mengeluh..tp tula lumrah hidop.. ada masa seronok dan gembira... ada masa tertekan dan sedih . tp sume terletak pada diri ni untuk terima sume tu dari sudut pandangan yg mane. Positif atau negatif

Em.. setiap kali masuk tahun baru, soalan lazim yg biasa kena jawab :

Pe azam baru tahun ni??? Kadang-kadang rasa xde faedah pon org tanya soalan tu sbb x bg effect pon kat aku, tp tahun ni lain skit bila aku sendiri ada 1 tekad dan azam yang aku nak capai sepanjang tahun ni, InsyaAllah. Ape bendanya aku sorg je tau hihi. Walaupun kecik je perkara tu,tapi aku harap dapat bagi kebaikan pada diri aku dan org sekeliling aku. Bak kata Ustaz Rosli, bukan mudah nak berubah. Ada 2 faktor yang mempengaruhi kita bila nak berubah, faktor dalaman dan luaran. Tak taula nekad yang aku ada ni mampu x nak mengatasi dan melawan dugaan-dugaan tu untuk capai azam baru tu. Sume orang mahukan yang terbaik dalam hidup dan kebanyakannya akan berusaha ke arah itu untuk mencapainya. Tp ada jugak yang terlalu sedih dgn kegagalan yang lalu smpi menggelapkan peluang masa depan. Harapnya xdela sampai macam tu skali.

Last but not least, hepy new year to everyone. Hope this 2010 will shine our life..


JANGAN BEBANI DIRI DENGAN MASA LALU, HADAPILAH HARI INI APA ADANYA.

Jangan takut, kerana kegelapan silih berganti. Fajar pagi akan menyinsing dengan cahauanya yang lembut.Untuk apa menampar pipi dan mengoyak baju kerana kehilangan apa yang dicintai? Untuk apa mengingat peristiwa lalu yang hanya menambah kesedihan dan kedukaan?

Sesungguhnya kita tidak mungkin mengubah apa yang telah berlalu pada masa lalu. Kita tidak boleh mengubah apa yang kita tidak sukai menjadi sesuatu yang kita senangi. Kalo kita boleh kembali ke masa lalu, mungkin akan berebut-rebut pergi ke sana. Dan di sana kita akan hapus perbuatan yang pernah kita sesali dan lipat gandakan kebaikan yang sedikit kita lakukan. Tetapi semua itu adalah sesuatu yang MUSTAHIL !!!

Oleh itu, lebih baik menumpukan kebaikan kita untuk memulai sesuatu yngbermanfaat hari ini. Bukankan hari ini penerus hari kelmarin? Keadaan inilah yang diingatkan oleh Al-Quran sesudah berlaku perang Uhud. Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang menangisi keluarganya yang mati dan menyesal ikut ke medan perang.


No comments:

Post a Comment