Tuesday, January 12, 2010

AJAL MAUT TIDAK BERBAU

Pagi isnin tu g kelas cam biasa.. ada lab analisis beralat kat makmal pakar. Pegi2 xde sebabnye jadual bertindih dengan dak2 bio yang amik minor kimia sem ni.. agak hura-hara la susunan slot makmal sem ni... bertimpa-timpa kelas... arap masalah ni ley selesai cepat..sebabnye sangat mengganggu pembelajaran dan perancangan lecturer.. disebabkan perkara tu, ktorg pun amik keputusan untuk masuk je kuliah analisis beralat yang group A wpun ktorg group B.. lepas abih kelas ada kawan bgtau 2 org dak KUO accident pg tu kat depan kuil. Sorg meninggal sorg ag masih dalam rawatan...time tu pkol 8 lebih...ktorg kua awal sebab lecturer kena pegi dgr amanat NC kat SITC...

Innalillahiwainnailaihi raji'un... sebak jugak lepas dgr berita tu...balik umah pas tu tgok kat fb dah hebah la sal benda tu...barula tau ckit2 cite sal kejadian tu.. biler pk2 balik nak katanye ajal x kire umor dan masa.. xkirela org tu sihat ke sakit ke atau dlm ape keadaan sekalipun kalo dah smpi masanye xkan lewat sesaat pun... hidup ni mmg mudah utk kita jd leka dgn keindahan yg sementara.. bler dtg kejadian2 cam ni barula insaf..tp selaloonye kejap je..pahtu lalai smula... selaloo je jd kat diri.. biler susah atau sedih barula nak beringat...kalo x..xreti2 nak ingat..

Petang tu 2 bus Upsi iring jenazah balik ke kampung halaman masing2... semoga mereka ditempatkan bersama org2 yang soleh dan mendapat rahmat Allah..ssguhnya perjalanan hidup kita ni telah ada ketetapannya..setiap org akan melalui perkara yg sama hanya masa je yang membezakannya...kehidupan dunia hnyalah persinggahan sementara sahaja dan merupakan ladang untuk kita menuai bekalan di alam yang kekal abadi... Al-fatihah untuk arwah cikgu Fadhiri dan cikgu Faizol... Kalian berdua akan dikenang oleh sahabat-sahabat...


MUSIBAH ITU ADALAH SAHAM KE ARAH KEBAIKAN
Tataplah hari esok seolah-olah taman yang tersenyum simpul diramaikan oleh unggas-unggas yang riang berkicau riang.

Ketika aku sedang sakit, kata Ummul Ula, Rasulullah s.a.w. datang menghiburkan aku, “Bergembiralah, wahai Ummul Ula, kerana dengan penyakit ini, Allah akan menghapuskan dosa sebagaimana api menghilangkan karat pada besi.
Kita disuruh mencari ubat penawar untuk menghilangkan penyakit yang menimpa kita. Pada waktu yang sama kita disuruh bersabar diatas penderitaan dan menganggapnya sebagai simpanan kebaikan untuk kita. Hadis tersebut bukan menyuruh kita membiarkan penyakit it uterus berada dalam badan tampa berusaha mengubatinya dengan alas an bahawa penyakit adalah penghapus dosa dan kesalahan-kesalahan.
Pesan yang terkandung dalam kisah Ummul Ula ini antara lain ialah : Seorang isteri perlu bersabar sekiranya kehilangan orang yang dicintai seperti anak atau suami. Apabila seorang isteri kehilangan suaminya, sesungguhnya Allah telah mengambil hambaNya dan Dia lebih berhak ke atasnya. Jika seorang wanita berkata : “Suamiku atau anakku!” Allah Si Pencipta berfirman ;”Hambaku! Aku lebih berhak ke atasnya selain daripada Aku. Suami adalah pinjaman, anak adalah pinjaman, saudara adalah pinjaman, ayah adalah pinjaman dan isteri juga adalah pinjaman.
Harta dan keluarga tidak lain adalah amanah. Dan ketahuilah setiap amanah suatu ketika pasti dikembalikan

No comments:

Post a Comment